Wednesday 30 November 2011

IMPAK PEMBANDARAN KE ATAS KAWASAN PINGGIR BANDAR

Seperti yang kita semua tahu negara kita Malaysia kini sedang membangundengan pesatnya.Bangunan-bangunan tinggi dibina di dalam bandar seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Tetapi apa yang sedang berlaku kini bukannya memberi impak positif semata-mata.Disebaliknya ada perkara yang mungkindiantara kita tidak sedar telah memberi impak negetif da semsa kesemasa.Antaranya kawasan-kawasan pinggir bandar telah di telan arus pembangunan yang begitu pesat tanpa mempedulikan kesan langsung yang berlaku kepada masyarakat pedalam setempat.Penekanan pembangunan yang hanya tertumpu di kawsan bandar telah mewujudkan isu-isu di kawasan pinggir bandar. Kampung-kampung yang berada di pinggir bandar akan terus hanyut,tenggelam dan lenyap identitinya.Di samping itu ekonomi di kampung menjunam jatuh akibat daripada penghijrahan penduduk berskala besar ke kawasan bandar yang mencari gaji yang lebih lumayan di samping mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.Lantaran itu, kawsan pinggir bandar mengalami masalah kekurangan tenaga kerja buruh untuk mengusahakan tanah pertanian yang mana telah banyak menyumbang kepada penduduk dan kawasan pinggir bandar.Ini telah memberikan kesan yang lebih negetif kepada penduduk dari aspek sosio-budaya seperti pengamalan hidup berjiran yang selalu diterapkan kepada penduduk kampung kini pudar .Kesimpulannya, pembangunan bandar sepatutnya perlu lebih seimbang dan tersusun tidak hanya tertumpu pada kawasan bandar malahan juga kawasan pinggir banadr demi menjamin kualiti kehidupan yang memberi kesejahteraan sepnajang masa.

No comments:

Post a Comment