Monday 26 December 2011

SWEET WORDS....!

Something You Love

Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.

Tentang Visi
Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Vision without execution is a daydream. Execution without vision is a nightmare.

Hidup Ini Singkat
Hidup ini singkat. Tidak ada waktu untuk meninggalkan kata-kata penting tak terkatakan.
Life is short. There is no time to leave important words unsaid.

Cara Memulai
Cara memulai adalah dengan berhenti berbicara dan mulai melakukan.
The way to get started is to quit talking and begin doing.

Pikiran Ibarat Parasut
Pikiran kita ibarat parasut, hanya berfungsi ketika terbuka.
Minds are like parachutes – they only function when open.

Sukses Adalah Perjalanan
Success is a journey, not a destination.

Memberi dan Menerima
Blessed are those that can give without remembering and receive without forgetting.

Sunday 11 December 2011

ISU PEMBANGUNAN EKONOMI DI KAWASAN LUAR BANDAR



Biasanya kemiskinan sering di kaitkan dengan sector  tradisional luar Bandar. Sejak dulu lagi sector luar Bandar dikaitkan dengan persoalan kemiskinan ini kerana tidak mendapat kemudahan seperti kawasan pembangunan pesat yang semakin berkembang di bandar- bandar besar.Sebagaii contoh di Malaysia, berdasarkan tuntutan kos hidup kini ada pandangan mengatakan isirumah yang pendapatan bulanannya adalah di bawah RM 2000 boleh di anggap sebagai golongan miskin dan sekaligus menjadikan 24% dari rakyat Malaysia tergolong dalam kategori ini.
Ini merupakan sesuatu yang cukup serius daan dari satu segi mencerminkan ketidakberkesanan sebahagian besar dari dasar-dasar ekonomi negara dalam menangani isi kemiskinan.Apa yang lebih parah sebahagian besar dari mereka yang miskin terdiri dari orang bumiputera sendiri yang tinggal diluar bandar. Ini akan menjadikan jurang pendapatan dikalangan penduduk semakin meningkat. Keterpinggiran ekonomi luar Bandar ini adalah bercanggah dengan usaha-usaha kerajaan Malaysia yang kononnya mencuba untuk perbaiki ekonomi luar bandar dari semasa ke semasa. Sebaliknya apa yang di pamerkan dalam usaha membantu penduduk luar bandar adalah untuk kepentingan persendirian dan politik semata-mata.
Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar  adalah tinggi, namun peratusaannya mula berkurangan ekoran daripada proses  pembandaran dan penghijrahan keluar golongan muda untuk mencari peluang ekonomi yang lebih baik di kawasan bandar. Perbezaan kawasan bandar dan luar bandar juga amat ketara, pada tahun 2005, pendapatan isirumah luar bandar hanya 55% daripada pendapatan isi rumah di bandar dan kebanyakan keluarga miskin di luar bandar terletak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.
Memang tidak dapat di sangkal kenyataan bahawa terdapat kemajuan dari sudut prasarana luar bandar, pendidikan dan kesihatan yang menyeluruh berbanding sebelumnya. Namun pihak yang bertanggungjawab harus memberikan penekanan kepada kawasan luar bandar demi menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan taraf hidup penduduk bukan untuk politik semata- mata. 

Wednesday 30 November 2011

IMPAK PEMBANDARAN KE ATAS KAWASAN PINGGIR BANDAR

Seperti yang kita semua tahu negara kita Malaysia kini sedang membangundengan pesatnya.Bangunan-bangunan tinggi dibina di dalam bandar seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Tetapi apa yang sedang berlaku kini bukannya memberi impak positif semata-mata.Disebaliknya ada perkara yang mungkindiantara kita tidak sedar telah memberi impak negetif da semsa kesemasa.Antaranya kawasan-kawasan pinggir bandar telah di telan arus pembangunan yang begitu pesat tanpa mempedulikan kesan langsung yang berlaku kepada masyarakat pedalam setempat.Penekanan pembangunan yang hanya tertumpu di kawsan bandar telah mewujudkan isu-isu di kawasan pinggir bandar. Kampung-kampung yang berada di pinggir bandar akan terus hanyut,tenggelam dan lenyap identitinya.Di samping itu ekonomi di kampung menjunam jatuh akibat daripada penghijrahan penduduk berskala besar ke kawasan bandar yang mencari gaji yang lebih lumayan di samping mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.Lantaran itu, kawsan pinggir bandar mengalami masalah kekurangan tenaga kerja buruh untuk mengusahakan tanah pertanian yang mana telah banyak menyumbang kepada penduduk dan kawasan pinggir bandar.Ini telah memberikan kesan yang lebih negetif kepada penduduk dari aspek sosio-budaya seperti pengamalan hidup berjiran yang selalu diterapkan kepada penduduk kampung kini pudar .Kesimpulannya, pembangunan bandar sepatutnya perlu lebih seimbang dan tersusun tidak hanya tertumpu pada kawasan bandar malahan juga kawasan pinggir banadr demi menjamin kualiti kehidupan yang memberi kesejahteraan sepnajang masa.

Tuesday 20 September 2011

'Kampung Halamanku di Pinggiran Bandar Kubang Kerian'


Dalam banyak-banyak kampung aku rasa kampung aku lah yang paling tenang,harmoni dan selamat...'dahulu kala,..Tapi kini semuanya berubah menjadi satu tragedi...nak tau kenapa..aaa lu pikirla sendiri..hahahaha(gurau jew...)
.......Ceritanya berbunyi begini...
Pada zaman aku kecil dulu kampungku memang dipenuhi dengan rimbunan pepohon hijau yang menjadi tempat aku dan rakan-rakan kecilku bermain dan berteduh setelah pulang dari sekolah...Dahulunya kampung aku merupakan salah sebuah kampung yang aman dan damai di tambah pula dengan bunyi kicauan burung dan unggas di sokong lagi dengan lambaian pohonan nun menghijau yang membuatkan aku tidak pernah membiarkan masa kecilku berlalu begitu sahaja tanpa membuat apa-apa aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan-rakanku seperti bermain 'deks choks' dalam bahasa international kelate..lam bahasa bandarnya teng-teng..,'getoh','nusuk',baling tin dan selipar' dan macam-macam lagi...dulu kala sekolah ku semuanya berupa bangunan setingkat dan fasadnya biasa-biasa aje...namun sekarang bangunan udah bertingkat-tingkat tingginya dan fasadnya juge cantik dan unik dengan berimejkan islamik punyer kawasan maaa....kalau dulu tidak perlukan pengawal keselamatan kampung namun sekarang semua itu diperlukan karane kampungku adalah kampung yang tersohor dengan mat-mat drug...aduhhh....kalau balik kampung jew mesti berjaga-jaga dan ati nggak tenang...ermm...gimana mau dibendung yaa...lagi satu kan..kampung kiter udah maju cumanya penduduknya nggak maju2 lagi dong..kenapa ramai yang tak da akal mau jd penagih....ish2...cobaan...lagi satu...jalan mau pegi ke bandarnya pula selalu sesak bila tiba waktu puncak....mungkin 'traffic light' terlalu banyak kot sepanjang jalan menuju kebandar...sy nak syorkan diperbanyakkan jalan sehala dan diharap orang kg kiter jgn la byk komen kononnya susah kalau ditukar kepada jalan sehala...come on la terima perubahan untuk kemajuan bersama....erm lagi satukan...kampung kiter banyak orang datang sebab hospital kubang kerian yang menjadi tumpuannya..ekoran drpd tu kampung saya turut merasa bahangnya tak kire r baik r buruk...

Sunday 24 April 2011

JANGAN MARAH-MARAH LAGI....



 Rasulullah bersabda : " Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam."

" Maka sesiapa yang merasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda : " Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat."



Wednesday 20 April 2011

motivasi session la....

'Tiada namanya yang dipanggil rahsia sukses, sukses adalahhasil persiapan, kerja keras, siap gagal dan belajar dari kesilapan..'"colinpowell"


'Dalam hidup ini banyak orang yang gagal kerana tidak menyedari betapa mereka sudah mendekati sukses disaat mereka menyerah...'"Tomas A Edison"