Biasanya kemiskinan sering di kaitkan
dengan sector tradisional luar Bandar.
Sejak dulu lagi sector luar Bandar dikaitkan dengan persoalan kemiskinan ini
kerana tidak mendapat kemudahan seperti kawasan pembangunan pesat yang semakin
berkembang di bandar- bandar besar.Sebagaii contoh di Malaysia, berdasarkan
tuntutan kos hidup kini ada pandangan mengatakan isirumah yang pendapatan
bulanannya adalah di bawah RM 2000 boleh di anggap sebagai golongan miskin dan
sekaligus menjadikan 24% dari rakyat Malaysia tergolong dalam kategori ini.
Ini merupakan sesuatu yang cukup serius
daan dari satu segi mencerminkan ketidakberkesanan sebahagian besar dari
dasar-dasar ekonomi negara dalam menangani isi kemiskinan.Apa yang lebih parah
sebahagian besar dari mereka yang miskin terdiri dari orang bumiputera sendiri
yang tinggal diluar bandar. Ini akan menjadikan jurang pendapatan dikalangan
penduduk semakin meningkat. Keterpinggiran ekonomi luar Bandar ini adalah
bercanggah dengan usaha-usaha kerajaan Malaysia yang kononnya mencuba untuk
perbaiki ekonomi luar bandar dari semasa ke semasa. Sebaliknya apa yang di
pamerkan dalam usaha membantu penduduk luar bandar adalah untuk kepentingan
persendirian dan politik semata-mata.
Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan
luar bandar adalah tinggi, namun
peratusaannya mula berkurangan ekoran daripada proses pembandaran dan penghijrahan keluar golongan
muda untuk mencari peluang ekonomi yang lebih baik di kawasan bandar. Perbezaan
kawasan bandar dan luar bandar juga amat ketara, pada tahun 2005, pendapatan
isirumah luar bandar hanya 55% daripada pendapatan isi rumah di bandar dan
kebanyakan keluarga miskin di luar bandar terletak di Kelantan, Terengganu,
Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.
Memang tidak dapat di sangkal kenyataan
bahawa terdapat kemajuan dari sudut prasarana luar bandar, pendidikan dan
kesihatan yang menyeluruh berbanding sebelumnya. Namun pihak yang
bertanggungjawab harus memberikan penekanan kepada kawasan luar bandar demi
menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan taraf hidup penduduk bukan untuk
politik semata- mata.
Kesedaran yang baik...Isu luar bandar masih perlu kepada penyaluran kemudahan2 dan meningkatkan sosioekonomi penduduk. Peranan perancang bandar juga perlu melihat permasalahan ini.
ReplyDelete