Saturday 7 January 2012

Luahan Hati

sape suka hidup miskin angkat kening please........  :P
hihi...salam sume ea...ishh...sya tengok kat Malaysia ni makin hari makin tinggi jurang kemiskinan antara penduduk bandar dengan desa...ishh..apa nak jadi ni...sape yang patut dipersalahkan ea??adakah kerajaan atau penduduk itu sendiri atau kedua-duanya sekali yang patut dipersalahkan atas tragedi yang berlaku ini??hihihi...
Pada pndangan saya,,,,tiap makhluk yang punye insan dan akal bertanggungjawab dalam memerangi gejala kemiskinan ini..hhahhaaha...

Friday 6 January 2012


Rebakan Bandar (Urban Sprawl)



.

Isu rebakan bandar telah lama bertapak dan diperkatakan serta menular dalam pembangunan negara pada masa ini. Isu ini terjadi akibat tekanan pembangunan yang pesat dan tidak terkawal.



Penyumbang faktor utama kepada berlakunya masalah ini ialah persaingan guna tanah dikawasan bandar yang tinggi telah menyebabkan pembangunan beralih ke pinggir-pinggir bandar. Hal ini kerana permintaan tinggi terhadap penempatan penduduk dari masa ke masa. Tidak dinafikan juga bahawa terdapat faktor-faktor lain seperti faktor migrasi dari luar bandar ke bandar untuk mendpatkan peluang pekerjaan bagi memperbaiki taraf hidup mereka. Keadaan ini menyebabkan pertambahan penduduk di bandar untuk menampungjumlah popilasi tersebut. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan kawasan bandar telah merebak secara meluas.


 
Akibat daripada isu ini telah berlaku masalah-masalah kepada penduduk setempat seperti sempadan wilayah tidak dapat dikenalpasti dan turut menyebabkan konflik dalam kawasan pentabiran perancangan. Selain itu, timbul masalah-masalah sosial yang akan merendahkan taraf kualiti hidup masyarakat kerana tempat tinggal yang didiami tiada perancangan yang baik seperti sistem peparitan,bekalan air dan elektrik dan sebagainya.

Oleh itu kawalan pembagunan perlu dilaksanakan secara tegas dengan menyediakan polisi perancangan pembangunan untuk digunapakai dan diaplikasikan dalam dunia sebenar perancang. Susun atur pembangunan perlu menitikberatkan aspek yang seimbang dari sudut fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar dan memstikan isu rebakan bandar yang mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat dapat ditangani dengan segera
.

Thursday 5 January 2012

Punca berlakunya masalah pengangkutan


Masalah kesesakan lalu lintas berlaku berpunca daripada tiada jalan alternatif, pembangunan sistem jalan tidak mengikut hirarki, dan wujudnya aktiviti guna tanah yang tidak sesuai di sekitar jalan raya utama. Pertambahan penduduk bukan sahaja memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan, permintaan terhadap perumahan, kemudahan sosial bahkan turut menambah jumlah kenderaan di jalanraya dan lebuhraya (Haryati Shafii 2003). Perubahan demografi melalui pertumbuhan semulajadi dan migrasi telah meningkatkan lagi permintaan terhadap pengangkutan bagi kemudahan untuk bergerak. Ini membangkitkan isu keselesaan penggunaan mod pengangkutan di pinggir bandar terhadap kualiti hidup masyarakat dan menyebabkan berlakunya gangguan dan kesan terhadap persekitaran dan psikologi penduduk.



Masalah ini bukan sahaja berkaitan dengan mod pengangkutan, bahkan turut melibatkan
struktur jalan raya yang membahayakan seperti tiadanya pembahagi jalan yang jelas, jalan yang pecah dan berlopak, jalan tidak rata, kurangnya kemudahan lampu isyarat, kesesakan lalu lintas yang boleh memberi kesan kepada fizikal dan psikologi manusia dan beberapa kesan lagi (Haryati Shafii 2009). Keadaan-keadaan seperti ini didapati boleh menyebabkan masyarakat bandar merasa tidak selesa, susah hati, cemas, letih/lesu, kerumitan untuk berinteraksi  dan kebimbangan yang serius apabila setiap hari mereka terpaksa menggunakan jalan raya tersebut ke tempat bekerja, ke pasaraya, pusat perkhidmatan atau apa sahaja  urusan penting dalam keadaan pengguna tidak mempunyai pilihan yang lain.

Selain daripada itu juga, kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di bandar-bandar besar umpamanya di Kuala Lumpur, adakalanya  tidak dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan dan maksimum kepada pengguna. Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti jadual perjalanan yang tidak konsisten,  bilangan penumpang yang terlalu ramai yang menimbulkan kesesakan dalam bas dan monorel, kekerapan perjalanan bas yang terlalu lama, tiada kemudahan penyaman udara, (sekiranya ada-alat tersebut rosak dan tidak berfungsi), tiada “board pemberitahuan” berkenaan jadual perjalanan bas yang seterusnya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini didapati telah menimbulkan kerumitan yang serius kepada pengguna. Ada kalanya pengguna cuba beralih kepada mod pengangkutan awam, tetapi perkhidmatan yang ditawarkan pula tidak memuaskan. Manakala untuk terus menggunakan kenderaan persendirian ternyata akan lebih menyulitkan apabila terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas yang lama,
keletihan, dan sebagainya.  Kajian yang telah dijalankan oleh beberapa orang penyelidik dalam dan luar negara telah memperlihatkan bahawa masalah kualiti alam sekitar semakin tercabar apabila berlakunya pertambahan penduduk dan pengangkutan di bandar (Aiken et al.1982). Boleh dikatakan bahawa hampir semua negara di dunia mengalami masalah pencemaran air, udara dan tanah. Tambahan pula, bahaya fizikal dan bukan fizikal seperti bunyi bising, kesesakan trafik telah mewujudkan tekanan tambahan kepada penghuni bandar.