Monday 26 December 2011

SWEET WORDS....!

Something You Love

Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.
If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.

Tentang Visi
Visi tanpa eksekusi adalah lamunan. Eksekusi tanpa visi adalah mimpi buruk.
Vision without execution is a daydream. Execution without vision is a nightmare.

Hidup Ini Singkat
Hidup ini singkat. Tidak ada waktu untuk meninggalkan kata-kata penting tak terkatakan.
Life is short. There is no time to leave important words unsaid.

Cara Memulai
Cara memulai adalah dengan berhenti berbicara dan mulai melakukan.
The way to get started is to quit talking and begin doing.

Pikiran Ibarat Parasut
Pikiran kita ibarat parasut, hanya berfungsi ketika terbuka.
Minds are like parachutes – they only function when open.

Sukses Adalah Perjalanan
Success is a journey, not a destination.

Memberi dan Menerima
Blessed are those that can give without remembering and receive without forgetting.

Sunday 11 December 2011

ISU PEMBANGUNAN EKONOMI DI KAWASAN LUAR BANDAR



Biasanya kemiskinan sering di kaitkan dengan sector  tradisional luar Bandar. Sejak dulu lagi sector luar Bandar dikaitkan dengan persoalan kemiskinan ini kerana tidak mendapat kemudahan seperti kawasan pembangunan pesat yang semakin berkembang di bandar- bandar besar.Sebagaii contoh di Malaysia, berdasarkan tuntutan kos hidup kini ada pandangan mengatakan isirumah yang pendapatan bulanannya adalah di bawah RM 2000 boleh di anggap sebagai golongan miskin dan sekaligus menjadikan 24% dari rakyat Malaysia tergolong dalam kategori ini.
Ini merupakan sesuatu yang cukup serius daan dari satu segi mencerminkan ketidakberkesanan sebahagian besar dari dasar-dasar ekonomi negara dalam menangani isi kemiskinan.Apa yang lebih parah sebahagian besar dari mereka yang miskin terdiri dari orang bumiputera sendiri yang tinggal diluar bandar. Ini akan menjadikan jurang pendapatan dikalangan penduduk semakin meningkat. Keterpinggiran ekonomi luar Bandar ini adalah bercanggah dengan usaha-usaha kerajaan Malaysia yang kononnya mencuba untuk perbaiki ekonomi luar bandar dari semasa ke semasa. Sebaliknya apa yang di pamerkan dalam usaha membantu penduduk luar bandar adalah untuk kepentingan persendirian dan politik semata-mata.
Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar  adalah tinggi, namun peratusaannya mula berkurangan ekoran daripada proses  pembandaran dan penghijrahan keluar golongan muda untuk mencari peluang ekonomi yang lebih baik di kawasan bandar. Perbezaan kawasan bandar dan luar bandar juga amat ketara, pada tahun 2005, pendapatan isirumah luar bandar hanya 55% daripada pendapatan isi rumah di bandar dan kebanyakan keluarga miskin di luar bandar terletak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.
Memang tidak dapat di sangkal kenyataan bahawa terdapat kemajuan dari sudut prasarana luar bandar, pendidikan dan kesihatan yang menyeluruh berbanding sebelumnya. Namun pihak yang bertanggungjawab harus memberikan penekanan kepada kawasan luar bandar demi menjaga kebajikan rakyat dan meningkatkan taraf hidup penduduk bukan untuk politik semata- mata.